Dion Cools Tak Sabar Sertai Kem Negara Di Pentas AFF Suzuki
Dunia
Unit Media Ultras Malaya
Advertisements

Menurut sumber daripada Twitter wartawan Astro Arena, Dion Cools berkemungkinan bakal dilepaskan lebih awal untuk menyertai skuad kebangsaan. Dion Cools dijangka akan terus bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe sejurus perlawanan terakhir bersama kelabnya.

Pemain pertahanan FC Midtjylland itu meluahkan rasa tidak sabarnya untuk beraksi bersama Harimau Malaya. Cools juga menjelaskan bahawa beliau hanya menunggu waktu untuk pihak FAM menyenaraikan nama rasmi pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili negara di AFF Suzuki.

“Saya berkata kepada pihak FAM yang saya boleh bermain. Namun kita tahu, senarai nama skuad ini belum diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, saya setia menunggu saat itu.”

Advertisements

Pemain kelahiran Sarawak ini menunjukkan keterujaannya apabila diberi peluang untuk menyertai pasukan negara. Beliau beranggapan aksi pertamanya dalam pentas AFF Suzuki adalah ketika Malaysia berdepan Indonesia pada 19 Disember 2021 kelak.

“Saya fikir perlawanan terakhir buat kelab adalah pada 12 Disember, dan saya rasa saya akan beraksi ketika skuad Harimau Malaya menentang Indonesia.”

“Saya tidak meninggalkan kelab saya untuk bermain piala AFF akan tetapi saya akan menghabiskan perlawanan terakhir sebelum cuti musim sejuk terlebih dahulu dan selepas itu saya terus menyertai Suzuki Cup ini,” ujar Cools.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram