Advertisement
Doan Van Hau Ditimpa Musibah Berat Menjelang Piala Asia
Asia
MakanBola
VN Express

Pertahanan kental Vietnam kini ditimpa musibah berat menjelang kejohanan Piala Asia apabila mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki.

Doan Van Hau yang merupakan pemain pertahanan kiri Vietnam dan juga Hanoi Police mengalami kecederaan tumit kanan berkemungkinan besar perlu berehat selama 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.

Van Hau perlu menjalani pembedahan dan mengikuti pemulihan yang memakan masa 3 hingga 6 bulan.

Kali terakhir pertahanan kiri ini beraksi adalah sewaktu 27 Ogos untuk membantu Hanoi Police merangkul kejuaraan liga Vietnam.

Setelah itu, Van Hau terlepas panggilan kebangsaan Vietnam bagi bulan September dan Oktober menurut laporan media Vietnam.

Van Hau juga dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya pada 11 November ini sebelum bertolak ke Singapura untuk menjalani pembedahan.

Jika mengambil masa 3 bulan, Van Hau mungkin hanya akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia dan perlawanan awal Piala Asia namun jika pemulihan mengambil masa sehingga 6 bulan, Van Hau akan terlepas kejohanan Piala Asia tahun hadapan.

Doan Van Hau telah melakukan lebih 30 penampilan buat Vietnam semenjak debutnya pada tahun 2017 sewaktu beliau masih berumur 18 tahun ketika itu.

Pemain pertahanan kiri ini turut mampu bermain selaku pertahanan tengah pasukan dan ketinggian 1.85m menjadi kelebihan pemain ini di udara.