Doan Van Hau: Kalau Mereka Bagus, Mereka Takkan Pilih Indonesia
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Pertahanan kental Vietnam, Doan Van Hau menganggap kualiti pemain naturalisasi Indonesia hanyalah bertaraf Asia Tenggara.

Memetik laporan VNExpress, pemain berusia 25 tahun itu menganggap tiada sebab untuk Vietnam takut berdepan Indonesia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Sang Garuda dan Vietnam berada dalam Kumpulan F dengan Indonesia menghuni tangga tercorot kumpulan hasil satu mata bertemu Filipina.

Advertisements

Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu menyaksikan beberapa pemain seperti Thom Haye dan Ragnar Oratmangoen berpeluang untuk membuat kemunculan kali pertama.

Kehadiran beberapa pemain ini bagaimanapun tidak mengubah pendirian Van Hau apabila yakin pasukannya tidak perlu takut dengan apa-apa yang dimiliki oleh lawan.

Advertisements

“Sekiranya pemain yang dimiliki oleh Indonesia (naturalisasi) ini begitu bagus, mereka pasti akan cuba untuk menembusi skuad Belanda atau negara Eropah lain berbanding dinaturalisasikan Indonesia.”

“Pemain naturalisasi Indonesia hanyalah setaraf pemain Asia Tenggara dan Vietnam sudah pasti dapat melawannya. Kita hanya perlu keluar dan beraksi bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Advertisements

Pertahanan kiri berbisa itu juga yakin cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakan sepasukannya adalah sorakan hebat penyokong setia Sang Garuda dalam stadium kelak.

Aksi Indonesia dan Vietnam dijadualkan berlangsung pada 21 Mac 2024 di Stadium Gelora Bung Karno.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram