Doktor Messi Harap Argentina Tewas Semua Aksi & Tersingkir Dari Piala Dunia
Dunia
The Times
Advertisements

Bekas doktor yang menjaga bintang sensasi dunia, Lionel Messi, Diego Schwarzstein menjelaskan beliau mahu melihat pemain itu tersingkit dari Piala Dunia Qatar 2022.

Beliau kini berharap agar kapten pasukan kebangsaan Argentina ini sengsara dengan tewas semua perlawanan sebelum ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berprestij itu.

Schwarzstein merupakan doktor yang merawat Messi pada awal kariernya apabila beliau disahkan menghidap didiagnosis dengan kekurangan hormon pertumbuhan.

Advertisements

Mereka kekal berhubung rapat sejak namun tidak mahu melihat negara kelahirannya itu menggunakan sebarang kejayaan di Piala Dunia sebagai penyebab untuk melakukan sesuatu keputusan drastik di negara itu.

“Sebagai peminat bola sepak, sudah tentu saya ingin melihat Argentina menjadi juara,”

“Namun begitu, sebagai warga Argentina, sebagai manusia, saya mahu mereka tewas dalam semua perlawanan dan tersingkir pada pusingan pertama lagi.”

Advertisements

Beliau tidak mahu pihak kerajaan memgambil kesempatan sekiranya Argentina berjaya menjulang Piala Dunia.

“Mengapa? Saya yakin kerajaan yang kita ada di sini akan menggunakan kejayaan Argentina di Piala Dunia untuk menyembunyikan banyak perkara.”

“Mereka boleh memanipulasikan rakyat melalui penurunan nilai mata wang pada hari pasukan itu bermain ketika tiada siapa yang tertumpu pada perkara tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Argentina membuka tirai aksi kali ini dengan langkah kiri apabila dikejutkan oleh Arab Saudi dengan keputusan 2-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram