Dollah Salleh Bongkar Punca Utama Kemenjadian Malik Mat Ariff Tumbangkan Penang FC
Dunia
MFL
Advertisements

Pasukan Sri Pahang FC sebelum ini dikritik hebat oleh segelintir penyokong selepas pasukan kesayangan mereka ini mengalami 7 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Namun, kemenangan Sri Pahang FC menewaskan Penang FC 4-0 semalam menunjukkan bahawa pasukan pantai timur ini mampu memberi saingan dalam Piala Malaysia sekali gus menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan cara permainan mereka sebelum ini.

Dalam perlawanan semalam, dua gol Sri Pahang dijaringkan oleh Malik Mat Arif manakala Manuel Hidalgo dan Abubakar Yakubu masing-masing menjaringkan satu gol.

Advertisements

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh pastinya berasa lega dengan kemenangan ini yang menghidupkan peluang mereka untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia. Disebalik kemenangan bergaya Sri Pahang semalam, prestasi memukau Malik Mat Ariff ternyata mencuri perhatian selepas menyumbat dua gol.

Ketika ditemubual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Dollah sebenarnya ada menasihati Malik Mat Ariff untuk meniru gaya permainan Mohamad Salah seperti ketika Liverpool membenam Manchester United 5-0 minggu lepas. Malik dinasihatkan untuk lebih licik dan berlari di bahagian kiri dan kanan untuk mengubah nasib pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram