Advertisements
Dollah Salleh Kekal Di Sri Pahang FC, Kembali Dilantik Pengurus Pasukan
Dunia
MakanBola
Sri Pahang FC

Jodoh bekas pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh ternyata panjang dengan pasukan Tok Gajah ini. Melalui pengumuman yang dibuat oleh pasukan Sri Pahang, Dollah Salleh dilantik menjadi pengurus pasukan bagi saingan Liga Malaysia 2022.

Selepas mengumumkan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih baru, ramai tertanya-tanya mengenai status Dollah Salleh yang telah berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan sejak dari tahun 2017 lagi.

Pada awal musim 2021, Dollah telahpun dilantik sebagai pengurus pasukan namun kemudiannya mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih dari Thomas Dooley selepas hanya dua perlawanan dan mengendalikan pasukan sehingga berakhir musim. 

Sementara itu, Haji Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi pula akan bertindak sebagai penolong kepada Christophe Gamel yang dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan. 

Pelantikan dua penolong jurulatih ini diharapkan dapat melonjakkan prestasi pasukan Sri Pahang yang hanya menamatkan Liga Super 2021 di tangga ke-10 dan dibezakan 2 mata dari zon penyingkiran.