Advertisement
Dominic Tan Bakal Beraksi Di Sabah FC Musim Hadapan
Dunia
MakanBola
dominictjj

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan bakal mengakhiri kontrak beliau bersama Police Tero FC pada Mei 2022.

Sebelum ini beliau pernah menjelaskan mahu memberi komitmen bersama kelabnya Police Tero FC dalam saingan Thai League 1 musim ini. Akan tetapi, Dominic juga tidak mempunyai masalah untuk kembali ke dalam saingan Liga Malaysia musim yang akan datang.

Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal memaklumkan bahawa kontrak Pemain pertahanan ini dipercepatkan sekaligus membawa berita bahawa beliau bakal kembali ke Liga Malaysia untuk menyarung jersi Sabah FC musim hadapan.

Sabah FC sebelum ini juga dikhabarkan sedang merisik beberapa pemain lain untuk diserap masuk ke dalam pasukan. Antaranya nama-nama besar ialah Baddrol, Irfan Fazail, Rizal Ghazali, Fadhli Shas dan Hazwan Bakri.

Untuk rekod, Pemain kacukan Singapura/Malaysia ini berjaya membantu pasukannya, Police Tero menduduki tangga ke-11 Liga Thailand. Setakat 14 perlawanan Police Tero berjaya mencatat sebanyak 4 kemenangan, seri 5 kali, dan tewas 5 kali pada saingan musim ini.