Hazwan Bakri, Fadhli Shas Dalam Radar Sabah Perkuat Posisi Kritikal Pasukan
Transfer
harianmetro
Advertisements

Edisi perpindahan Liga Malaysia musim 2022 kali ini menyaksikan banyak pasukan sudah mula mengatur langkah awal dan banyak bayangan awal beberapa pemain yang dikhabarkan bakal memperkuat pasukan masing-masing.

Terbaru, penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Ahmad Hazwan Bakri kini dikaitkan dengan pasukan negeri di bawah bayu, Sabah FC. Pemain yang mesra disapa jack itu dilihat berpotensi besar untuk dibawa masuk ke skuad Ong Kim Swee bagi bergandingan bersama Thanabalan, Saddil Ramdani atau Azhad Harraz.

Tidak ketinggalan, bekas pemain Harimau Muda A, Mohamad Fadhli Mohd Shas sedang diperhati untuk diserap masuk ke skuad Ong Kim Swee. Jika pemain kelahiran Perak ini mempersetujui untuk ke Sabah FC, maka skuad reunion Ong Kim Swee dilihat bakal menjadi lengkap.

Advertisements

Sementara itu, Azhad Harraz dikhabarkan telah mencapai kata sepakat untuk mengharungi saingan liga musim 2022 bersama Sabah FC dengan perjanjian kontrak selama 2 tahun.

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ada menjelaskan pada Astro Arena mengenai spekulasi yang sedang hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan. Beliau menegaskan bahawa pihak pengurusan masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus untuk mengesahkan berkenaan kemasukan pemain-pemain baharu.

“Saya perlu berbincang dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan kebenaran, terutama apabila kami perlu memikirkan mengenai perbelanjaan bagi musim depan. Saya tidak menafikan ada beberapa pemain yang akan menyertai pasukan Sabah tetapi masih terlalu awal untuk kami menentukannya kerana kami masih sedang berbincang.

Advertisements

“Jika kami melakukan perubahan, buat masa ini, ia masih dalam 20 hingga 30 peratus tetapi dalam sebulan atau dua bulan ini, ia berkemungkinan akan bertambah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Senarai pemain yang dikaitkan ke Sabah FC musim 2022

  1. Irfan Fazail
  2. Baddrol Bakhtiar
  3. Rizal Ghazali
  4. Khairul Fahmi
  5. Hazwan Bakri
  6. Fadhli Shas
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram