Rizal Ghazali Bakal Mengiringi Baddrol Ke Sabah FC
Dunia
kedah darul aman fc
Advertisements

Dalam satu kenyataan di Twitter, dikhabarkan pemain bek kanan Kedah FC, Rizal Ghazali akan bersama kapten pasukannya, Baddrol Bakhtiar untuk menyertai skuad Ong Kim Swee bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter miliknya. Berita ini terus mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan apabila ura-ura Baddrol yang sebelum ini dikaitkan kini ditambah pula dengan nama Rizal Ghazali menjadi antara pemain yang bakal berhijrah ke negeri bawah bayu.

Dalam pada itu, hari ini Baddrol telah menerima banyak ucapan apresiasi dan terima kasih daripada warga penyokong Kedah. Ucapan telah di repost oleh Baddrol di laman Instagram miliknya. Situasi ini juga telah mendapat perhatian bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah.

Advertisements

Ini menjadi petanda besar bahawa Baddrol akan meninggalkan Kedah FC setelah sekian lama beliau berbakti bersama pasukan Hijau Kuning itu. Walau bagaimanapun, kita masih menunggu pengumuman rasmi tentang kehadiran Baddrol dan Rizal Ghazali ke skuad Sabah FC.

Untuk rekod, Baddrol setia bersama Kedah sejak 2005 manakala Rizal Ghazali pula bertapak di Kedah selama 8 tahun bermula daripada tahun 2014. Kedua-dua tonggak utama Hijau Kuning ini telah berjaya membawa Kedah menjulang kejayaan dalam Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram