Irfan Fazail Sudah Tiba Di Sabah, Apek Dan Baddrol Bakal Menyusul?
Dunia
Sports 247
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim II, Muhammad Irfan Fazail hari ini dikhabarkan sudah tiba di Kota Kinabalu, Sabah. Bekas kapten Harimau Muda A ini merupakan pemain yang dikaitkan untuk membarisi skuad Ong Kim Swee pada musim hadapan.

Perkara ini telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di laman Twitter miliknya. Ketibaan Irfan Fazail di Sabah ini sekaligus menjadi petanda awal bahawa pemain itu bakal diserap masuk ke skuad Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia 2022.

Sebelum ini, Zulhelmi turut menyatakan bahawa dua orang pemain lagenda iaitu Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Che Mat memberi hint yang mereka bakal bersama Ong Kim Swee. Baddrol, Apek dan Ong Kim Swee telah membuat hantaran di Instagram masing-masing.

Advertisements

Di Ig Story Baddrol, caption “Kenangan 2011” telah mengimbau kembali kejayaan pasukan negara suatu ketika dahulu. Khairul Fahmi pula tampil dengan caption “2011 Sea Games Champions, bersama coach Ong Kim Swee.

Hantaran mereka ini telah mendapat sambutan dan menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan yang mana ramai dalam kalangan penyokong Sabah FC yang menginginkan skuad Ong Kim Swee itu kembali beraksi.

Walau bagaimanapun, kita masih menanti berita rasmi daripada Sabah FC mengenai 3 orang pemain ini. Untuk rekod, pasukan negara berjaya menjadi juara Sukan Sea 2011 selepas menang keatas Indonesia di peringkat akhir menerusi sepakan penalti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram