Ucapan Selamat Tinggal Lagenda Kedah Baddrol Bakhtiar Yang Menyentap Emosi
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Pemain hadir dan pergi adalah lumrah dalam dunia bola sepak. Namun lagenda akan terus tetap dikenang sebagai lagenda dan sentiasa diingati.

Itulah yang berlaku buat lagenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar. Selepas beberapa desas-desus berkenanaan perpindahan beliau, kini khabar angin perpindahan beliau ke Sabah FC seperti sudah hampir menjadi kenyataan.

Beberapa hari lepas, Baddrol bersama seorang lagi pemain berpengalaman iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang kini beraksi untuk Melaka United dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Sabah. Walaubagaimanapun, tiada berita rasmi yang dikeluarkan oleh majikan kedua-dua pemain ini.

Advertisements

Dan terkini, salah seorang penyokong setia skuad Hijau Kuning yang juga pemilik akaun instagram mhazriqfahimy ada memuatnaik satu ucapan perpisahan buat pemain lagenda mereka, Baddrol Bakhtiar. Ucapan terima kasih dan selamat tinggal yang menyentuh emosi ini ternyata menguatkan lagi khabar angin perpindahan Baddrol ke pasukan Sabah.

“Terima Kasih atas Segalanya The Legendary Baddrol Bakhtiar. Terima kasih Badd untuk segalanya, jasa & bakti tidak terhitung. Hanya Allah sahajalah yang membalasnya & sentiasa memayungi rahmatNya untukmu legend.

“Tak mampu untuk menulis panjang kali ini. Tiada kata kata mampu untuk diungkapkan kali ini. Kenangan bersama dari dulu hingga kini takkan terpadam, namun perjuangan & kehidupan harus diteruskan.

Advertisements

“Telah tercatat dalam sejarah agung kehebatan bolasepak negeri Kedah Darul Aman, nama Baddrol Bakhtiar adalah lagenda sejati untuk kami semua.” coret Saudara Hazriq di laman instagram beliau.

Coretan terakhir saudara Hazriq ternyata menguatkan berita perpindahan Baddrol ke Sabah adalah apabila mengaitkan Gunung Jerai dan Gunung Kinabalu.

Secebis penghargaan dari aku,
Gunung Jerai Gunung Kinabalu,
Terima kasih atas Kenangan,
Biar Jasa Jadi Kenangan
Jaga diri kamu ba!

Advertisements

Walau apa pun yang terjadi selepas ini, nama Baddrol Bakhtiar pastinya sudah terpahat dalam sejarah bola sepak Kedah. Nama yang sentiasa meniti di bibir penyokong-penyokong setia hijau kuning ini ternyata mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi yang tiada gantinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram