Dunia
Getty Images
Advertisements

Sedar akan kelemahan benteng pertahanan mereka musim ini, Borussia Dortmund pantas mendapatkan dua pemain pertahanan tengah baharu walaupun musim 2021/2022 masih belum berakhir. Pertahanan tengah Dortmund ketika ini sudah dibarisi Mats Hummels, Manuel Akanji, Dan-Axel Zagadou dan Marin Pongracic.

Namun kelibat mereka semua tidak cukup untuk mempertahankan gawang gol mereka daripada dibolosi apabila Dortmund kini sudah bolos lebih 50 gol dalam semua pertandingan. Malah dalam Bundesliga, Dortmund sudah bolos 50 gol, jumlah yang sama dibolosi oleh pasukan Arminia yang berada di tangga ke-17 liga.

sule Dortmund Rekrut Duo Pertahanan Jerman Setelah Bolos Lebih 50 Gol Musim Ini
Niklas Sule

Oleh itu, Dortmund pantas mendapatkan dua pemain tengah kelahiran Jerman, iaitu Niklas Sule dan Nico Schlotterbeck sebelum mereka disambar pasukan lain. Niklas Sule, pemain pertahanan tengah Bayern Munich bakal menyertai Dortmund secara percuma pada akhir musim ini setelah beliau memilih untuk tidak memperbaharui kontrak bersama Bayern.

Advertisements

Kehadiran Dayot Upamecano adalah salah satu sebab Sule memilih untuk pergi setelah Upamecano mula menjadi pilihan utama Julian Nagelsmann dibahagian pertahanan tengah Bayern. Seorang lagi pertahanan tengah kelahiran Jerman, Nico Schlotterbeck turut memilih Dortmund walaupun Nico masih berbaki kontrak satu tahun bersama FC Freiburg.

Nico Schlotterbeck

Nico Schlotterbeck antara pemain muda Jerman yang mula diburu beberapa kelab besar pada musim ini seperti Newcastle United dan Bayern Munich ekoran aksi cemerlangnya dibahagian pertahanan Freiburg. Nico baru berusia 22 tahun dan beliau juga pertama kali mendapat panggilan kebangsaan Jerman pada bulan Mac yang lalu.

Walaupun Dortmund cemerlang dibahagian serangan dengan kelibat pemain bintang seperti Haaland, Reus, Donyell Malen dan Gio Reyna, namun bolosan gol yang banyak menafikan beberapa peluang kemenangan mereka seperti dalam aksi menentang Bochum baru-baru ini. Dortmund sudah mendahului 3-1 hasil hatrik Erling Haaland namun kealpaan pertahanan mereka menyaksikan Bochum bangkit meraih kemenangan dengan jaringan 3-4.

Advertisements

Kerapuhan benteng Dortmund musim ini turut menyaksikan Bayern sekali lagi merangkul kejuaraan Bundesliga. Dortmund kini sudah mendapatkan 2 pertahanan tengah Jerman dengan jumlah kos €20 juta bagi Nico Schlotterbeck manakala Niklas Sule pula secara percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram