Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon telah dirakam bersama penyokong menegur pengadil pada saingan malam tadi.
Perlawanan Liga Super yang menemukan dua pasukan iaitu Selangor selaku tuan rumah yang melayan kunjungan JDT berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Dalam pada itu, Dr Johan dilihat tidak berpuas hati terhadap pengadil perlawanan Zulkarnain Zakaria yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan JDT di babak pertama.
Keputusan penalti yang diberikan oleh pengadil perlawanan itu turut dibantah pemain-pemain Selangor yang menganggap ianya bukan satu kesalahan yang besar.
Kejadian tersebut telah dirakam dalam salah satu rakaman yang tular di ruangan Twitter lewat malam tadi.
“Jangan lupa ingat akhirat abang. Jangan aniaya orang lain abang, ingat ada kad kuning kad merah kuat dah abang.”
“Ingat anak bini kat rumah tu, tangungjawab itu besar,” katanya di dalam video tersebut.