Dua Aksi Panas Badan Harimau Malaya Sebelum Hadapi Vietnam
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Harimau Malaya bakal mengadakan dua aksi pemanas badan sebelum menghadapi Vietnam pada 10 Jun ini.

Selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam aksi pertama Kumpulan F, Malaysia kini mengalihkan fokus kepada Pahlawan Bintang Emas.

Ad

Aksi ini cukup penting buat kedua-dua pasukan kerana momentum kemenangan mampu menentukan siapa bakal menerajui kumpulan tersebut.

Ad

Justeru, pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan dua aksi pemanas badan bakal diatur sebagai persiapan menghadapi Vietnam.

Ini bagi memastikan barisan anak buahnya berada pada tahap terbaik sebelum turun menentang anak buah Kim Sang-sik.

Ad

“Kita berdepan situasi di mana musim (Liga Super) berakhir pada penghujung April. Pemain-pemain memerlukan sedikit aksi kompetitif memandangkan liga baru berehat.” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Kita perlu pastikan persediaan kita tepat apabila kita tiba dan kem (latihan) dilanjutkan sedikit untuk fokus kepada Vietnam, lawan kita yang paling sukar.

Ad

“Kita akan pastikan persediaan kita tepat dan kita akan bersedia untuk menghadapi perlawanan tersebut.”

Dua aksi ini juga berpotensi memberi peluang kepada penyokong Harimau Malaya melihat kelibat tujuh bintang negara yang berpangkalan di luar negara.

Sebelum ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memaklumkan skuad negara bakal diperkuatkan dengan kehadiran tujuh bintang baharu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments