Ads
Dua Aksi Pemanas Badan Menanti Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia

Dua aksi pemanas badan menanti skuad Harimau Malaya sebelum terbang ke Bishek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan detik mencabar untuk mencari lawan susulan jendela FIFA yang suntuk.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu, beliau menyatakan bahawa anak buahnya bakal bertemu kelab Liga Super sebagai aksi pemanas badan sebelum terbang ke Kyrgyzstan.

Advertisements
Advertisements

“Kita tidak dapat mencari lawan daripada luar negara. Kita telah menjemput kelab di sini untuk aksi pemanas badan. Saya tidak tahu, perkara ini sudah dirangka dan kami menjangka semua pemain akan ada di sini.

“Ya, aksi tersebut melibatkan kelah domestik. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya satu hari ada dua perlawanan untuk menurunkan semua pemain,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisements

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa permintaan Pan-gon untuk berdepan satu pasukan dari Arab Saudi.

“Kim Pan-gon kalau boleh nak satu perlawanan negara atau pun kelab di sini. Kalau kita lihat kalendar FIFA bermula pada 3 atau 4 hingga 11 Jun. Saya rasa agak susah untuk mendapatkan pasukan pada hujung bulan Mei sebelum ke Kyrgyzstan.

Advertisements

“Kita cuba untuk dapatkan tapi kalau tiada, KPG akan berdepan kelab (Liga Super) sebagai aksi pemanas badan bagi pasukan kebangsaan,” jelasnya ketika ditemui di Le Meridien Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram