Dua Entiti Baru Bakal Jadi Penaja Baru Sabah
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Penganjuran kejohanan pra-musim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) dilihat bakal memberi suntikan moral kepada pasukan Sabah FC.

Ini kerana SMJ Cup bukan saja dilihat sebagai medan persiapan terakhir anak buah Datuk Ong Kim Swee sebelum Liga Super musim 2024/25 bermula.

Malah, kejohanan ini turut mendapat sokongan dua entiti korporat, Sedafiat Sdn Bhd dan Anika Desiran Sdn Bhd sebagai penaja utama kejohanan.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan oleh pengarah skuad Badak, Mohd. Joh Wid dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

“Sedafiat Sdn.Bhd dan Anika Desiran Sdn.Bhd merupakan penaja kejohanan empat penjuru Piala SMJ tahun ini,” katanya.

Advertisements

SMJ Cup bakal berlangsung dari 29 April hingga 5 Mei ini. Kejohanan itu disertai tuan rumah Sabah, Kuching City FC, KL City FC dan wakil Singapore Premier League (SPL), Hougang United.

Hadiah keseluruhan bernilai RM33,000 menanti pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam saingan SMJ Cup.

Advertisements

Pemenang SMJ Cup bakal menerima trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM15,000. Sementara naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Advertisements

Sokongan yang diberi Sedafiat dan Anika Desiran untuk kejohanan pra-musim itu berpotensi membantu Sabah mendapat penaja baru untuk musim 2024/25.

Sebelum ini, skuad Badak menerima penajaan bernilai RM5 juta daripada Jetama Sdn Bhd. Jetama menjadi penaja utama pasukan itu untuk musim 2024/25 menggantikan Sawit Kinabalu.

Sementara anak syarikat Jetama iaitu Jetama Water dipilih sebagai pembekal air minuman rasmi Sabah untuk musim 2024/25.

Sabah menikmati kempen memberangsangkan musim 2023 apabila menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga.

Selain itu, skuad Badak juga berjaya mara ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2023/24 sebelum disingkirkan wakil A-League, Macarthur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram