Advertisements
Dua Lagi Import Menyusul? Ini Jawapan Ringkas TMJ
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ memberi bayangan tentang kehadiran dua lagi tonggak import baharu pasukan.

Menerusi pengumuman rasmi oleh Johor Southern Tigers ketika ini, skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan 4 pemain berkelas tinggi bagi musim 2024/25.

Antara watak yang menjadi tumpuan ialah Jalil Elias, Fransisco Geraldes, Murilo Henrique dan juga Nicolao Cardoso.

Status pemain hebat ditagih oleh pasukan untuk terus mengekalkan dominasi dalam saingan Liga Tempatan selain memberi cabaran terbaik di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

DYAM TMJ memberi respon baginda tentang kedatangan pemain baharu ke JDT sambil tidak menolak kemungkinan akan ada dua lagi muka baharu yang bakal dibawa masuk.

“Ada lagi dua, satu lagi sampai Jun,” ujar DYAM TMJ di ruangan komen hantaran JDT.

Sebelum ini, terdapat beberapa pemain import yang tidak lagi kekal bersama pasukan seperti Leandro Velazquez, Diogo Luis Santo (bersara) dengan Oscar Arribas difahamkan bakal keluar selaku pinjaman.

Beberapa orang pemain tempatan pasukan juga bakal dipinjamkan ke kelab lain untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain dengan JDT mengumumkan pengurangan perbelanjaan sehingga 40 peratus bagi musim 2024/25.