Dua Pasukan ‘Tunggu’ Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Dua pasukan difahamkan sedang menanti skuad Harimau Malaya dan juga Kim Pan-gon sebelum bermulanya kejohanan Piala Mitshubishi Electric AFF 2022 hujung tahun ini.

Hal ini susulan skuad negara dikatakan bakal mengasah taring menerusi dua perlawanan persahabatan yang sedang diatur oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memaklumkan bahawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon kini sedang mempertimbangkan untuk mengadakan dua perlawanan persahabahan buat skuad kendaliannya.

Advertisements

“Semenangnya sudah ada perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada bulan 12 nanti sebelum ke Piala AFF. “

“Jika mengikut perancangan akan ada dua aksi pemanas badan namun masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan pasukan yang dipilih.”

Namun begitu, dua pasukan tersebut masih belum dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Advertisements

“Buat masa ini saya tak dapat maklumkan negara mana, tetapi memang akan ada dua perlawanan untuk barisan jurulatih menguji pasukan,” katanya kepada Arena Metro.

Malaysia berdepan laluan mencabar apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Laos, Myanmar, Singapura dan Vietnam.

Aksi pertama pasukan negara dijadualkan bertemu Myanmar di Yangon, 21 Disember depan dalam usaha memadam detik hitam pada edisi lalu selepas tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram