PDRM Masih Menanti Ketibaan Dua Pemain Import
Dunia
PDRM FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, PDRM FC masih menunggu ketibaan dua orang pemain importnya bagi mengadakan sesi latihan penuh pasukan menjelang musim baharu.

Dua orang pemain tersebut difahamkan pemain Nigeria dan seorang lagi dari Myanmar.

Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Azam Azmi, beliau amat berharap agar kedua-dua pemain ini cepat menemui jalan bertemu pasukan.

Advertisements

“Kami menandatangani enam pemain import dan dua daripadanya belum sampai lagi. Ini juha mungkin disebabkan faktor perjalanan.”

“Saya amat berharap mereka dapat menyertai pasukan dalam masa terdekat,” katanya kepada Stadium Astro.

PDRM juga dilihat amat serius bagi menghadpai saingan musim baharu dengan persediaan rapi membawa masuk muka baharu.

Advertisements

Ketika ini, PDRM sudah selesai membawa empat orang pemain import termasuklah kepulangan semula Bruno Suzuki yang kembali ke Malaysia setelah setahun berkelana ke Liga Thailand.

Bukan itu sahaja, mereka turut membawa Marcus Macauley dari Liberia dan James Okwuaosa yang berasal dari Nigeria.

PDRM hanya mengekalkan khidmat Fadi Awadari daripada barisan pemain import musim lalu.

Advertisements

Azmi juga berharap dapat membentuk gandingan yang cukup baik menjelang sepak mula 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram