Dunia
Advertisements

Selepas melakar kemenangan pertama dalam siri perlawanan persahabatan di Dubai, skuad JDT kali ini berjaya mendapatkan kemenangan kedua dengan menewaskan Turkmenistan 2-1.

Pasukan dari Asia Tengah, Turkmenistan merupakan antara pasukan yang bukan calang-calang kerana selain berada di ranking ke 129 dunia, pasukan ini juga menjadi pendahulu kumpulan H di pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang turut sama berada dalam kumpulan itu adalah Korea Selatan dan Korea Utara.

Turkmenistan ternyata menjanjikan ujian sebenar buat JDT di stadium Ali Coe itu. Namun, JDT berada di hadapan menerusi sepakan penalti oleh pemenang anugerah MVP 2019, Safawi Rashid pada minit ke-39 perlawanan.

Advertisements
safawi 1 Dua Penalti JDT Berjaya Tundukkan Turkmenistan 2-1
Sepakan penalti Safawi Rashid untuk gol pertama JDT

Turkmenistan berjaya menyamakan kedudukan selepas lapan minit babak kedua bersambung menerusi jaringan Metdayev Akmammet.

Namun, kedudukan tidak kekal lama apabila JDT sekali lagi memperolehi sepakan penalti untuk disempurnakan oleh penyerang import, Diogo Luis Santo pada minit ke 61 perlawanan.

Gol penalti kedua JDT oleh Diogo Luis

Kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat untuk JDT menewaskan Turkmenistan 2-1.

Advertisements

Dua lagi lawan JDT di Dubai selepas ini adalah MSK Zilina (Slovakia), dan Emirates FC (UAE). Kedua-dua perlawanan akan diadakan pada 29 dan 30 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram