Harimau Malaya
KL City FC
Advertisements

Dua penjaga gol KL City menjadi bualan penyokong bola sepak kerana menjadi pilihan utama Malaysia untuk dua pasukan berbeza.

Penjaga gol utama The City Boys, Azri Ghani terus mendapat kepercayaan Kim Pan-gon apabila menjadi sebahagian daripada tiga penjaga gol untuk skuad awal ke Piala Asia 2023.

Azri bakal bersaing dengan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi Mohamed dan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel.

Advertisements

Sementara penjaga gol sokongan KL City, Azim Al Amin Kamaruddin pula dipanggil Juan Torres Garrido bagi memperkuat skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Azim dijangka bersaing dengan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dan penjaga gol Selangor FC, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri.

Ini menunjukkan kualiti penjaga gol yang dimiliki KL City sehingga mampu menyokong dua skuad Malaysia yang berbeza.

Advertisements

Ini kerana Azri dan Azim bukan saja mampu menangani tekanan bila diturunkan dalam kesebelasan utama. Malah, mereka juga mampu menampilkan persembahan konsisten terutama dalam perlawanan besar.

Azri merekodkan enam rekod tanpa bolos dalam 14 perlawanan Liga Malaysia (Liga M). Sementara Azim pula merekodkan dua perlawanan tanpa bolos dalam lapan penampilan bersama The City Boys.

Contoh paling mudah, aksi separuh akhir Piala FA membabitkan Terengganu FC dan KL City di Kuala Terengganu pada 25 Jun lalu.

Advertisements

The City Boys yang ketika itu dibimbing Bojan Hodak membuat percaturan berani dengan menurunkan Azim sebagai penjaga gol.

Percaturan ini dibuat disebabkan penjaga gol utama KL City dari Filipina, Kevin Ray Mendoza pada ketika itu mengalami kecederaan.

Penjaga gol berusia 22 tahun itu membalas kepercayaan Hodak dengan membantu KL City layak ke final Piala FA dengan menafikan dua sepakan penalti Terengganu.

Advertisements
image 2023 12 21 065017185 Dua Penjaga Gol KL City Jadi Pilihan Utama Malaysia
Sentuhan emas Guilherme Almeida (duduk) menjadikan barisan penjaga gol KL City cemerlang di atas padang. Kredit: KL City FC.

Kematangan mereka sebagai penjaga gol tidak akan berlaku tanpa bimbingan jurulatih penjaga gol KL City, Guilherme Almeida.

Sejak menyertai The City Boys pada 2018, Almeida bertanggungjawab memastikan penjaga gol pasukan itu berada pada tahap terbaik tanpa mengira usia.

Dengan Mendoza tidak lagi bersama pasukan selepas menyertai Persib Bandung, ada yang bimbang dengan keupayaan Azri dan Azim sebagai penjaga gol KL City.

Bagaimanapun, orang besi KL City dari Australia, Giancarlo Gallifuoco percaya kedua-duanya mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol Filipina itu.

“Tapi kita bersyukur kerana kita memiliki dua penjaga gol yang hebat. Tak banyak pasukan di Malaysia memiliki penjaga gol kedua dan ketiga yang bersedia menggalas tanggungjawab (sebagai penjaga gol utama),” katanya kepada MakanBola beberapa minggu lepas.

Keterangan bekas bek tengah Melbourne Victory itu bukan saja menunjukkan betapa bertuahnya KL City memiliki penjaga gol berbakat seperti Azri dan Azim.

Malah, ini menunjukkan kedua-duanya mampu menggalas peranan sebagai penjaga gol kebangsaan sekiranya diperlukan oleh Pan-gon dan Garrido.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram