Dua Pertahanan Kebal Tinggalkan Manchester United
Eropah
Manchester Evening News
Advertisements

Selepas berhadapan dengan masalah kecederaan berpanjangan, akhirnya pertahanan Manchester United, Phil Jones dilaporkan akan meninggalkan kelab tersebut secara percuma selepas tamat kontrak pada penghujung Jun depan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano di laman twitter rasmi milik beliau.

Bekas pemain antarabangsa England itu telah menjadi pemain yang hampir dilupakan di Old Trafford selepas jarang diturunkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dek kerana masalah kecederaan dan kejatuhan prestasi mendadak.

Advertisements

Turut mengikut jejak langkah Jones meninggalkan Manchester United adalah pemain pertahanan tengah, Axel Tuanzebe yang sukar menembusi skuad utama kendalian Erik ten Hag. Tuanzebe yang kini dipinjamkan ke Stoke City hanya diturunkan lima kali sahaja musim ini.

Kehilangan Jones dan Tuanzebe dijangka tidak akan mengganggu prestasi pasukan buat masa ini kerana kedua-dua pemain ini bukanlah tonggak penting buat Manchester United. Erik Ten Hag dijangka akan membawa masuk muka baru di bahagian pertahanan dengan pertahanan Korea Selatan, Kim Min-jae menjadi sasaran utama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram