Dua Sejarah Baru Tercipta Di UCL
UEFA Champions League
FC Barcelona/FC Porto
Advertisements

Sejarah baru terlakar dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang berlangsung awal pagi tadi.

Ini kerana Lamine Yamal dan Pepe masing-masing mencipta rekod sebagai pemain paling muda dan tertua yang membuat penampilan dalam pusingan 16 pasukan terbaik UCL.

Permata terbaru Barcelona, Yamal mencipta sejarah sebagai pemain termuda beraksi dalam pusingan 16 pasukan terbaik UCL pada usia 16 tahun 223 hari.

Advertisements

Sementara orang besi Porto, Pepe pula muncul sebagai pemain tertua beraksi dalam kesebelasan utama pusingan 16 pasukan terbaik pada usia 40 tahun 360 hari.

Fakta menarik ini dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano beberapa jam yang lalu.

Lebih menarik, Yamal dilahirkan dua tahun selepas Pepe melakukan penampilan pertama di pusingan 16 pasukan terbaik UCL.

Advertisements

Kedua-duanya menjadi tonggak utama kepada pasukan masing-masing dalam perlawanan semalam. Yamal membantu Barcelona meraih keputusan seri 1-1 dengan Napoli.

Manakala Pepe pula menjadi duri dalam daging kepada Arsenal dengan membantu Porto mengalahkan kelab gergasi Inggeris itu 1-0.

Kedua-duanya turut mendapat markah penilaian sama daripada Sofascore iaitu 7.1 mata dalam perlawanan semalam.

Advertisements

Kudrat Yamal dan Pepe dijangka ditagih Barcelona dan Porto untuk aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik UCL yang berlangsung pada Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram