Advertising
Dua Tonggak Utama Kembali Perkuat KL City Berdepan Sri Pahang
Liga Super
MakanBola
KL City FC

Dua tonggak utama KL City bakal kembali memperkuat pasukan menjelang pertemuan berdepan Sri Pahang.

Khabar gembira ini dikongsikan oleh ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac yang meluahkan rasa lega dengan kepulangan pemain dari kecederaan, membuatkan persiapan pasukan berjalan lancar.

Ad

“Persiapan kami semakin baik dengan beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan telah kembali ke sesi latihan dan itu merupakan perkembangan positif,” katanya kepada Malaysian Football League.

Ad

Tambahnya lagi, Brendan Gan dan Kamal Azizi yang dihimpit kecederaan sebelum ini sudah kembali menyertai rakan sepasukan bagi persediaan menentang skuad Tok Gajah hujung minggu ini.

“Walaupun ada yang tidak lagi cergas 100 peratus tetapi setidaknya mereka sudah bersama kita dalam latihan termasuklah Brendan Gan dan juga Kamal Azizi yang telah kembali.”

Ad

Momentum kemenangan ke atas Selangor tempoh hari diakui telah melonjakkan semangat dan tidak mustahil anak-anak didiknya mampu mencapai satu lagi kemenangan.

Ad

“Sekarang saya beritahu kepada pemain bahawa tempoh hari kita sudah buktikan kepada semua yang kita boleh bermain dengan baik apabila menang dengan Selangor,” ujar jurulatih kelahiran Bosnia ini.

Ad

“Saya rasa jika kita boleh kekalkan momentum ini, keputusan yang positif akan dapat diraih lagi”,

Pertemuan KL City dan Sri Pahang bakal berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras pada 27 Julai ini dengan sepak mula dijadualkan pada jam 9 malam.