Advertisement
Duduk 1 Pekan Pun Bergaduh, Reaksi Lucu Penyokong United & City ‘Membahan’
Hiburan
MakanBola
mufcaways_

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) melibatkan Manchester City dan United telah dicemari dengan insiden pergaduhan manja antara penyokong yang membuatkan orang ramai terhibur.

Pada perlawanan tersebut, City terlebih dahulu di hadapan menerusi tandukan Josko Gvardiol sebelum sepakan penalti Bruno Fernandes menyamakan kedudukan di penghujung aksi.

Pemain sayap, Amad Diallo muncul wira Manchester United dengan jaringan kemenangan pada masa tambahan setelah bijak memperdaya Ederson dan menolak bola ke gawang City yang kosong.

Usai perlawanan, satu insiden ‘perang mulut’ dirakam oleh salah seorang penyokong, mufcaways_ yang menyaksikan peminat United yang mengejek dua orang penyokong tuan rumah.

Walaupun saling membahan, namun keadaan sekitar dilihat tenang dengan kawalan ketat oleh marshal yang bertugas di antara kawasan kedua-dua belah peminat City dan United.

Kekalahan di Stadium Etihad ini memberi tekanan hebat buat pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang ketika ini hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 11 aksi terakhir.

Sementara itu, tiga mata yang diraih oleh Manchester United ini tidak mengubah kedudukan The Red Devils yang masih kekal di tangga ke-13 EPL setelah mengutip 22 mata.