Dulu Dipertikai, Kini Satu Persatu Tindakan TMJ Diikuti

tmj raikan kemenangan liga super ke 8 di ssi sne images Dulu Dipertikai, Kini Satu Persatu Tindakan TMJ Diikuti
Foto: SNE Images
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, di Instagram Story miliknya hari ini telah berkongsi serba-serbi kisah pembabitan baginda dalam dunia pembangunan bola sepak.

TMJ menjelaskan sejak tahun 2013, ada di antara individu yang mempertikai idea baginda di fasa awal pengambil alihan tampuk kepimpinan pasukan. Buah fikiran TMJ ketika itu seolah-olah diperkecil dan dipandang rendah oleh sesetengah pihak.

Advertisements

Bagaimanapun, kini TMJ telah membuktikan wawasannya sejak dahulu telah berjaya mencorakkan industri bola sepak yang baharu. Revolusi pusat latihan yang kian diikuti ramai serta Stadium Sultan Ibrahim yang gah membangun di persada Asia menjadi antara daya pengukur kemajuan kelab Harimau Selatan.

“Dari 2013 semua benda saya katakan berkenaan dengan pencapaian JDT dan masalah bola sepak tanah air, pemain-pemain, kemudahan dan pembangunan bola sepak semua dipertikaikan oleh orang-orang yang tiada pencapaian dalam industri bola sepak.”

Advertisements

Menurut baginda, saat ini apa yang dikatakannya itu telah berhasil. Ia turut menjadi contoh terhadap lanskap baharu bola sepak negara.

“Tetapi pada hari ini, semua yang saya cakap berlaku dan diikuti.”

Advertisements

Pelan serta kesabaran TMJ telah meletakkan pasukan Johor Darul Ta’zim hari ini menjadi sebuah kelab kebanggaan di Malaysia. JDT merupakan kelab pertama dan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya layak ke pentas Round of 16 dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Selain merekodkan pencapaian sebagai penakluk takhta Liga Super selama 8 tahun berturut, JDT juga tidak terlepas dalam melahirkan ramai prospek berpotensi. Pencapaian berhasil yang dicorakkan TMJ ini wajar terus dijadikan inspirasi dalam arena bola sepak tempatan.

Advertisements