Durakovic, Senamuang Intai Jawatan Jurulatih Malaysia
Dunia
Effendy Rashid/New Straits Times Press
Advertisements

Selepas jurulatih KL City, Bojan Hodak dikaitkan dengan jawatan jurulatih pasukan kebangsaan, wujud khabar angin beberapa orang calon turut mengintai kerusi panas berkenaan. Salah seorang daripadanya ialah bekas jurulatih Selangor dan Perak, Mehmet Durakovic.

Durakovic bukanlah asing dalam arena bola sepak negara. Sebelum melakar nama sebagai jurulatih, beliau pernah beraksi di Liga Malaysia sebagai pemain import Selangor selama tiga musim (1995-1998). Dalam tempoh tersebut, Durakovic menjulang Piala Malaysia sebanyak tiga kali dari 1995 hingga 1997. Semasa beraksi bersama Australia, beliau juga dikenali kerana diberi tanggungjawab merantai Diego Maradona semasa perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia 1994 menentang Argentina.

Apabila Durakovic dibawa masuk ke Selangor pada 2013, beliau kekal bersama mereka selama tiga musim. Pada tahun terakhirnya semasa bersama Gergasi Merah Kuning, beliau membantu Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 pada 2015. Pencapaian sama turut dilakar bersama Perak pada tahun 2018. Bagi bekas pemain yang pernah beraksi di bawah bimbingan Durakovic, mereka menyifatkan beliau sebagai disukai ramai dan mudah menunjukkan kerjasama dengan pemain.

Advertisements

Selain bekas jurulatih Melbourne Victory itu, legenda Thailand Kiatisuk Senamuang turut menyatakan minat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe. Pernah beraksi bersama Perlis selama semusim, beliau sudah melakar banyak kejayaan sebagai pemain dan jurulatih. Ketika ini, Senamuang merupakan pengurus kelab Liga Vietnam, Hoang Anh Gia Lai.

Antara calon lain yang dicanang selain Durakovic, Hodak dan Senamuang ialah pengendali Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora dan jurulatih bawah 23 tahun negara Brad Maloney. Yang pasti, pengarah teknikal FAM Scott O’Donnell perlu memilih calon yang tepat bagi menyemarakkan semula cabaran Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Jurulatih baru Harimau Malaya bakal diumumkan pada bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram