Eden Hazard Mahu Kekal Bersama Real Madrid
La Liga
@FabrizioRomano
Advertisements

Di sebalik masalah kecederaan, kemerosotan prestasi dan terbaru, hubungan renggang dengan pengurus Carlo Ancelotti, Eden Hazard ingin kekal di Real Madrid. Dan bekas pemain sayap Chelsea itu percaya dia boleh bangkit semula dan merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sejak menyertai Los Blancos pada 2019 dengan kontrak lima tahun, ramai penyokong merasakan zamannya sudah berlalu. Dengan gaji £470,000 (RM2.5 juta) seminggu dan baki kontrak setahun, Hazard dilihat tidak dapat menyingkirkan dua bintang utama Real iaitu Rodrygo dan Vinicius Jr.

Ini tidak dibantu dengan pendedahan bekas pemain kebangsaan Belgium itu kini mempunyai hubungan dingin dengan Ancelotti. Kali terakhir Hazard diturunkan ialah pada perlawanan pusingan keempat Copa del Rey Real menentang CP Cacerano.

Advertisements

“Ada rasa hormat antara kami. Tapi saya tidak akan mengatakan bahawa kami bercakap bersama kerana kami tidak bercakap. Tetapi masih ada rasa hormat. Walaupun esok, beliau (Ancelotti) tidak akan menurunkan saya lagi,”

“Saya perlu ada rasa hormat terhadap lelaki seperti Carlo Ancelotti. Apa yang beliau lakukan untuk bola sepak, apa yang beliau capai dalam kariernya, tiada masalah.” katanya kepada portal Belgium, RTBF.

Di sebalik semua isu ini, Hazard tetap mahu kekal kerana percaya dia masih boleh memberi sumbangan kepada pasukan.

Advertisements

“Saya merinduinya, saya mahu bermain. Saya mahu berseronok atas padang. Saya berharap ada satu harapan dalam diri saya bahawa saya boleh melakukan sesuatu dan jurulatih (Ancelotti) masih mengharapkan saya.

‘Saya mahu kekal, saya sentiasa katakannya. Saya berharap dapat bermain dan menunjukkan kepada semua bahawa saya masih boleh melakukannya. Sesetengah orang ada keraguan, itu normal, saya faham.

“Tetapi bagi saya, saya akan berada di sini pada tahun hadapan. Anda tidak tahu tetapi perpindahan bukan sebahagian daripada rancangan saya,” tambahnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram