Advertisement
Edgar Tabares: Tumbukan Jojo Lebih Padu Berbanding Rodtang
UltraSukan
UltraSukan
ONE Championship

Jaguh Muay Thai terkenal, Edgar Tabares mengakui bahawa Johan Ghazali mempunyai tumbukan yang lebih kuat berbanding Rodtang yang juga jaguh Muay Thai dari Thailand.

Beliau berkata di dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun tiktok utusantvofficial bahawa tumbukan Johan Ghazali tepat ke arah perutnya ketika mereka berdua bertarung dalam kejohanan ONE Championship baru-baru ini.

“Ya, tetapi dia mengenai perut saya,” katanya sambil menunjuk bahagian perutnya.

Beliau turut membandingkan tumbukan Johan dan Rodtang yang mana menurutnya tumbukan Johan lebih kuat berbanding Rodtang.

“Saya harus berkata jujur bahawa tumbukan dia (Johan Ghazali) lebih kuat berbanding Rodtang,” tambahnya lagi.

“Saya tidak merasakan tumbukan Rodtang (sesakit) seperti tumbukan beliau (Johan Ghazali).

Edgar Tabares yang juga juara Muay Thai Antarabangsa WBC juga yakin bahawa Johan bakal menjadi bintang dalam sukan Muay Thai suatu hari nanti.

”Dia (Johan Ghazali) akan menjadi seorang bintang, saya tahu itu”, ujar beliau lagi.

Minggu lalu, Edgar Tabares tewas kepada wakil negara dalam sukan Muay Thai, Johan Ghazali dalam masa 36 saat dalam aksi Primetime US, ONE Championship.