Aksi Edouard Mendy Menyelamatkan Gawang – Manchester United v Chelsea
Dunia
Advertisements

Edouard Mendy menerima pujian Pengurus pasukan, Frank Lampard setelah berjaya menepis beberapa asakan berbahaya Manchester United.

United dan Chelsea menamatkan perlawanan tanpa sebarang jaringan dan selepas kekecewaan kem Chelsea dengan kualiti bahagian pertahanannya sebelum ini, aksi bertenaga Mendy sedikit sebanyak menggembirakan Frank Lampard.

“Prestasinya sangat baik. Kami benar-benar mengharapkan penjaga gawang untuk permainan seperti ini,” jelas Lampard selepas habis permainan.

Advertisements

“Peluang pertama Rashford hadir atas kesilapan kami dan peluang kedua sebelum tamat permainan adalah kualiti darinya (Rashford). Dia (Mendy) menunjukkan mengapa dia beraksi dalam permainan ini.”

“Kami membawanya (Mendy) ke sini kerana kualitinya. Beliau menunjukkan komposisi yang baik dan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya seperti yang kami harapkan pada waktu itu.”

Hanya selepas beberapa minggu hadir ke Chelsea dari Rennes, penjaga gawang Senegal ini menjadi pilihan utama Lampard.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram