Eduardo Camavinga Dan Sikh Izhan Pernah Bertarung Di Pentas Remaja
Dunia
Facebook: NFDP Malaysia
Advertisements

Pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid telah menandatangani pemain tengah berbakat Rennes, Eduardo Camavinga.  Kontrak perjanjian selama enam tahun telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tanda harga bernilai € 40 juta. 

Pemain muda yang berusia 18 tahun itu telah membuktikan kematangannya sejak 2 musim yang lalu apabila beliau telah menembusi pasukan senior Rennes sekaligus berjaya membantu pasukannya mendapatkan slot untuk ke Liga Juara-Juara sepanjang musim 2019-20. 

Pemain tengah pasukan Perancis ini telah beraksi sebanyak empat perlawanan dalam saingan Liga Juara Juara Eropah musim lalu ketika pasukannya tersingkir di peringkat kumpulan. 

Advertisements

Di samping itu, pemain berasal dari Perancis ini berhasil melakukan sebanyak 35 penampilan dengan 1 jaringan gol serta 2 bantuan gol dalam saingan Ligue 1 musim lalu. 

Apa yang menariknya ialah Eduardo Camavinga ini adalah salah seorang pemain terbaik dalam kejohanan remaja bawah 14 tahun Elite Cup Cote D’Azur 2016.

Pada tahun tersebut, dua pemain NFDP juga terpilih sebagai sebahagian daripada pemain terbaik dalam kejohanan tersebut iaitu penjaga gol Sikh Izhan Sikh Azman dan pemain tengah NFDP Alias ​​Alan. 

Advertisements

Ketika itu, Pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 14 Tahun Malaysia (NFDP) muncul juara klasifikasi dalam kejohanan jemputan remaja 14 Elite Cup Cote D’Azur yang berlangsung di Perancis.

Sikh Izhan kini bermain bersama Selangor 2 dan turut diturunkan sebagai penjaga gol utama Selangor FC.

Camavinga kini menjadi pemain paling muda yang dipanggil untuk pasukan kebangsaan Perancis dalam peringkat senior sejak tahun 1932 dan berjaya membuat sebanyak 3 penampilan di bawah kendalian Didier Deschamps.  

Advertisements

Semoga Camavinga terus cemerlang di Real Madrid pada musim akan datang. 

https://twitter.com/Camavinga/status/1432789786004176898
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram