Egy Maulana Tinggalkan Eropah, Sertai Dewa United Di Indonesia
Dunia
Persib English
Advertisements

Arena bola sepak Indonesia dikejutkan dengan berita perpindahan pemain muda mereka, Egy Maulana Vikri. Egy yang sebelum ini berkelana di Eropah memilih menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United.

Pengumuman perpindahan tersebut dibuat di semua platform media sosial Dewa United lebih sejam lepas.

CEO Dewa United, Ardian Satya Negara melihat kehadiran Egy sebagai tanda kelab mahu dikenali sebagai pencabar serius untuk separuh kedua liga musim ini.

Advertisements

“Sudah tentu kami merasa gembira dengan kehadiran Egy dalam skuad Dewa United. Semua tahu kualiti yang dimiliki Egy sebagai salah satu pemain terbaik di Indonesia.

“Kami banyak berhubung dengan Egy selepas kontraknya dengan kelab Slovakia (ViOn Zlate Moravce) berakhir. Kami banyak berbicara tentang Dewa United dan Egy juga menyatakaan kesediaan menyertai pasukan ini,” katanya.

Begitupun, itu bukan bermakna impian Egy berkelana di Eropah sudah berakhir. Malah, Dewa United bersedia membantu bekas pemain Lechia Gdansk itu sekiranya mendapat tawaran daripada kelab-kelab Eropah.

Advertisements

“Kami pastikan saat persembahan Egy bersama Dewa United FC menarik perhatian kelab luar negeri, kami tidak akan menghalang. Bahkan, kami akan membantu Egy untuk meneruskan impiannya beraksi di luar Indonesia,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram