Egy Maulana Vikri Laung Keyakinan Indonesia Julang Piala AFF
Dunia
CNN Indonesia
Advertisements

Tahap keyakinan para pemain Indonesia semakin memuncak selepas berjaya lolos ke final Piala AFF Suzuki 2020. Indonesia berjaya menumbangkan ‘tuan rumah’ Singapura dengan agregat 5-3.

Pemain muda sensasi Indonesia, Egy Maulana Vikri yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya untuk membawa pulang Piala AFF ke Indonesia.

“Target peribadi saya ialah untuk julang Piala AFF. Tetapi kita harus fokus di setiap perlawanan. Kita perlu hadapi perlawanan satu demi satu,” jelas Egy kepada CNN.

Advertisements

Egy adalah salah seorang pemain yang berjaya mencetak gol ketika berdepan Singapura kelmarin. Beliau baru tiba di Singapura selepas mendapat pelepasan dari kelabnya, FK Senica yang berpangkalan di Slovakia.

Bersama kelabnya, FK Senica, beliau telah beraksi 15 perlawanan dengan berjaya menjaringkan 2 gol dan menghasilkan 4 bantuan gol. Ianya cukup baik buat pemain muda berusia 21 tahun ini apabila mampu beraksi dengan baik di kasta tertinggi Liga Slovakia itu.

Indonesia bakal bertemu gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand dalam perlawanan final pertama yang berlangsung pada 29 Disember ini sebelum final kedua yang dijadualkan pada 1 Januari 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram