Khidmat Bintang Sensasi Indonesia, Elkan Baggott Terus Ditagih Ipswich Town
Dunia
Ipswich Town
Advertisements

Pertahanan tengah sensasi Indonesia, Elkan Baggott sah akan terus kekal bersama Ipswich Town FC selepas secara rasminya menyambung kontrak baru bersama kelab tersebut.

Pemain berusia 19 tahun itu merupakan antara prospek muda terbaik yang dimiliki oleh Sang Garuda ketika ini bakal terus berkelana di Eropah bagi 3 musim lagi.

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab, pertahanan yang beraksi cemerlang di bawah kendalian Shin Tae-yong ini memilih untuk kekal bersama kelab yang berpangkalan di Liga Divisyen Satu England itu.

Advertisements

Baggott yang sebelum ini menandatangani kontrak profesional pertamanya pada Januari tahun lalu, telah mengesahkan bahawa beliau komited untuk terus berkhidmat di kelab tersebut sehingga 2025.

Kelab juga mempunyai pilihan untuk menyambung lagi kontraknya untuk 12 bulan berikutnya.

Elkan membuat penampilan sulung liga untuk The Blues di tempat lawan ketika menentang Rotherham pada April lalu.

Advertisements

Beliau juga menjadi pemain Indonesia pertama bermain dalam Liga Bola Sepak Inggeris.

 Dia juga tampil pada hari terakhir saingan liga apabila beraksi selama 90 minit dan mencatat rekod bersih dalam kemenangan 4-0 ke atas Charlton Athletic di tempat sendiri.

Pertahanan tinggi lampai ini juga telah beraksi di pentas antarabangsa bersama Indonesia selain menjaringkan gol dalam kemenangan 7-0 ke atas Nepal yang menyaksikan negaranya layak ke Piala Asia buat kali pertama sejak 2007.

Advertisements

 Semasa menandatangani perjanjian baharu di Town, Elkan berkata: “Saya berasa teruja kerana telah menandatangani kontrak baharu.”

Beliau menzahirkan rasa bangganya untuk terus menyumbang bakti bersama kelab tersebut.

“Ia adalah beberapa hari yang hebat untuk saya dan saya gembira kerana telah memberikan masa depan yang baik di kelab.”

Advertisements

“Saya ingin berterima kasih kepada jurulatih kerana dia telah membantu saya meningkat sebagai pemain sejak masuk. “

Beliau juga mahu terus memberikan yang terbaik setiap kali diberi peluang untuk beraksi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram