Empat Pemain Import Yang Boleh Dinaturalisasikan 2023
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan proses naturalisasi pemain, sudah lima pemain import Liga Malaysia berjaya dinaturalisasikan. Mohamadou Sumareh pastinya akan diingati sebagai pemain naturalisasi pertama negara.

Selepas Sumareh menunjukkan aksi yang baik ketika penampilan pertamanya bersama skuad Harimau Malaya, menyusul dua lagi pemain naturalisasi yang baharu iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula. Namun Liridon dan Guilherme dikatakan gagal memberikan impak yang diharapkan para pemerhati bola sepak negara.

Dan yang terkini, Lee Tuck dan Sergio Aguero diberikan peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Kemboja tempoh hari.

Advertisements

Dengan projek naturalisasi yang terus berjalan kini, tidak mustahil akan ada pemain import lain yang bakal menyarung jersi keramat Harimau Malaya suatu masa nanti. Mengikut perkiraan, terdapat empat pemain import yang mampu dinaturalisasikan pada tahun 2023.

i) Romel Morales (Kuala Lumpur City FC)

Pemain import KL City dari Colombia itu kini difahamkan dalam proses untuk dinaturalisasikan dan usaha tersebut sedang dijalankan oleh KL City sendiri. Proses naturalisasi Romel yang berusia 25 tahun itu dijangka akan diselesaikan sebelum bermulanya musim 2023.

Advertisements

ii) Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)

Kapten KL City ini hadir ke skuad ibu kota pada pertengahan musim 2017 dan kekal setia bersama pasukan tersebut sehingga kini. Pemain berusia 33 tahun itu juga sedang dalam proses untuk dinaturalisasikan dan bakal dimuktamadkan sebelum musim 2023 bermula.

iii) Dechi Marcel (Bekas Pemain Kedah Darul Aman FC)

Advertisements

Pemain kelahiran Ivory Coast ini memulakan karier di Malaysia bersama UITM FC pada tahun 2017. Ini bermakna beliau sudah beraksi di Malaysia untuk 5 tahun dan boleh dinaturalisasikan. Namun begitu, khidmat beliau tidak disambung Kedah untuk musim hadapan dan masa depan kariernya masih belum diketahui lagi.

iv) Endrick Dos Santos (Bekas Pemain Penang FC)

Bekas pemain import Penang FC ini sebelum ini disebut-sebut akan menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023 sebagai pemain naturalisasi. Namun sehingga kini tiada perkembangan terbaru mengenai perkara tersebut.

Advertisements

Baru-baru ini, Endrick disahkan tidak akan menyarung jersi Penang FC musim hadapan. Masa depan pemain berusia 27 tahun itu masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram