fbpx

Empayar Harimau Selatan Tidak Dibina Dalam Tempoh 1 Hari

Mohd Hairi | SNE images

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bermula daripada stadium sunyi kepada stadium yang gempak gempita. Daripada Stadium Larkin usang, dinaik taraf kepada stadium dengan fasiliti berkelas dunia. Daripada padang ‘cow grass’ di naik taraf kepada padang yang di iktiraf dunia. Daripada kelab bolasepak kecil sehingga menjadi sebutan seluruh Malaysia. Daripada tiada apa-apa, hingga menjadi ikutan dan terus jadi yang pertama.

Kemudian, gobok yang kosong mula di isi dengan piala-piala. Daripada satu piala, membuahkan hasil kepada 18 piala seterusnya. Daripada Stadium Larkin, muncul pula Stadium Sultan Ibrahim, gah di seluruh dunia. Diulang dari kelab yang kecil, terus menerus mendominasi Liga Malaysia. Daripada tiada nama, sehingga menjadi sebutan seluruh dunia. Sehingga kini, aset stadium bolasepak bertambah bilangannya. Daripada perkatan Forest City, bertukar kepada perkataan UNICEF di jersi, terus membuka mata semua. Disusuli pula jenama-jenama terkemuka, yang tidak serik beri kepercayaan untuk bekerjasama. Daripada bertanding di dalam negara, terus menerus mengejar impian di benua Asia.

Terkadang kita terlupa, di mana kita bermula.
Terkadang kita terleka, pabila kita terlampau mendongak ke langit.
Terkadang kita alpa, pabila kemenangan buat kita manja.
Terkadang kita tersentak, pabila kekalahan buat kita perit.

Wahai penyokong profesional kelas atasan,

Lapan tahun kita lalui dengan penuh kenangan. Jika kita perlu senarai, tidak pernah cukup dengan satu coretan. Kita harus sedar, pengalaman tersebut terlalu banyak beri kita pengajaran. Kritikan, kecaman, herdikan, kesulitan, itu semua kita hadap dengan penuh kesabaran. Hasilnya sekarang, kita bahagia dengan kejayaan demi kejayaan. Kita bangsa Johor, bangsa yang terus maju ke hadapan. Berbanggalah bangsa Johor, raikan kejayaan dengan kepuasan.

Tetapi ingat wahai semua penyokong yang dikasihi sekalian,

Kita tidak akan berada di tahap ini tanpa sebarang pengorbanan. Tanam dalam fikiran, empayar ini dibina dengan semangat kemuafakatan. Bersatu hati demi sebuah kelab bolasepak kesayangan. Sentiasa ingat, usaha DYAM TMJ kita perlu letakkan sebagai keutamaan. Segala percaturan, segala pemikiran, segala ajaran, segala pengorbanan, segala kudrat baginda kita semua perlu abadikan. Ucap kasih kita kepada seorang Putera Raja, yang sentiasa letak penyokong sebagai kepentingan. Bersyukurlah semua penyokong, kita punya seorang Putera Raja yang sentiasa dahagakan kejayaan.

“Anda boleh tiru kelab bolasepak JDT, tetapi anda tidak akan dapat tiru DYAM TMJ kami.”

Junjung kasih Tunku.

Penyokong,
FK ❤️💙

Artikel dikarang oleh FK / Farhan Khair

© MakanBola Media – All Rights Reserved