Blog
Photo: talkSPORT
Advertisements

Tidak semua pemain muda yang menyertai Borussia Dortmund mampu menyinar seperti Jadon Sancho, Christian Pulisic dan Giovanni Reyna waktu ini. Salah seorang pemain muda Dortmund yang gagal menjadi bintang ialah Emre Mor.

Pemain kelahiran Turki ini dicanang sebagai ‘Messi Turki’ kerana mempunyai kemahiran menggelecek yang hebat dan dominan menggunakan kaki kiri. Dibawa masuk pada Jun 2016 daripada FC Nordsjaelland, Emre Mor ketika itu berusia 18 tahun.

New Project 10 Emre Mor: Wonderkid Dortmund Yang Gagal
Emre Mor digelar sebagai ‘Messi Turki’

Emre Mor turut diberi kepercayaan untuk beraksi menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara walaupun masih muda. Musim tersebut Emre Mor berjaya menjaringkan 1 gol dan 2 assist dalam 12 penampilannya.

Advertisements

Namun Emre Mor memiliki masalah disiplin dan kurang profesional menyebabkan pengurus Dortmund, Thomas Tuchel mengambil keputusan untuk menyingkirkan Mor dari skuad Dortmund.

Akhirnya Emre Mor menyertai Celta Vigo setelah tidak sehaluan bersama Dortmund. Pemain tersebut yakin mampu menyinar bersama kelab lain malah turut menyatakan keinginan menyarung jersi Real Madrid suatu hari nanti.

Aksi cemerlang Emre Mor ketika bersama Dortmund

Namun semuanya menjadi serba tidak kena buat Mor apabila gagal mengulangi aksi cemerlang beliau sewaktu bersama Dortmund. Emre Mor hanya mampu menjaringkan 1 gol dan 3 assist dalam 23 penampilan bersama Celta Vigo.

Advertisements

Malah Emre Mor turut lambat hadir ke sesi latihan Celta Vigo walaupun pasukan tersebut ketika itu bergelut di tangga ke 13 liga menurut Dreamteamfc.

Gagal mendapat tempat di Celta Vigo, Mor kemudian dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Galatasaray dan Olympiacos namun masih gagal mendapat rentak cemerlangnya.

Kini sudah berusia 24 tahun, Emre Mor masih berpeluang untuk kembali bangkit namun beliau telah dianggap sebagai pemain muda yang gagal kerana sikapnya yang bermasalah.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram