“Enam Import Cukuplah, Kita Tambah Jika Ada Keperluan” – CEO Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Meskipun diberi kebenaran oleh Malaysian Football League (MFL) untuk mendaftarkan sembilan pemain import bagi saingan Liga Super musim baru, gergasi pantai timur, Sri Pahang memilih untuk menggunakan enam pemain import sahaja.

Ini bermakna, tiada tambahan pemain import akan disaksikan di kem skuad kendalian Fandi Ahmad itu, berikutan kesemua enam import yang akan memperkuatkan pasukan telahpun melapor diri dan menyertai jelajah pra-musim di Bangkok.

Enam pemain berkenaan adalah Michael John Glassock, Stefano Brundo, Lucas Espindola dan Kpah Sherman yang merupakan rekrut baru manakala dua lagi pemain adalah Kevin Ingreso dan Sherzod Fadziyev yang telah bersama Sri Pahang sejak pertengahan musim lalu.

Advertisements

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Suffian Awang kepada BH Sukan, “Namun, kelab juga tidak menolak kemungkinan akan menambah kuota pemain import iaitu berdasarkan keperluan.

“Tetapi, setakat ini kita buat keputusan untuk mengekalkan jumlah enam pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Kita harapkan kesemua mereka dapat melonjakkan prestasi Sri Pahang ke tahap lebih baik terutama dalam saingan Liga Super.”

Di sebalik hanya mempunyai enam import, skuad tok gajah boleh dikatakan mempunyai ‘import tambahan’ dalam kelibat Sergio Aguero yang boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan malah mereka juga sedang menguji pemain berdarah kacukan Malaysia-Perancis, Matheus Mansor.

Advertisements

Langkah Sri Pahang ini pastinya boleh disifatkan bijak memandangkan mereka tidak mengambil import semata-mata bagi melengkapkan kuota yang dibenarkan.

Malah lambakkan import di dalam pasukan sudah tentunya akan mengehadkan peluang dan potensi pemain-pemain tempatan seterusnya menjadikan mereka sekadar pemerhati di bangku simpanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram