Enam Import Masih Belum Cukup Buat Sabah
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Kepadatan jadual yang menanti pasukan Sabah FC musim ini memaksa pihak pengurusan membawa masuk beberapa pemain baharu termasuk enam pemain import yang sah menyarung jersi ‘Sang Badak’ musim ini.

Enam import yang dimaksudkan ialah Saddil Ramdani (Indonesia), Park Tae-su (Korea Selatan), Jacob Njoku (Nigeria), Telmo Castanheira (Portugal) dan dua pemain dari Brazil iaitu Gabriel Peres dan Jailton Paraiba.

Namun bagi pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau merasakan bahawa Sabah memerlukan satu atau dua pemain import baharu bagi memberi keseimbangan dalam semua posisi selain memikirkan jumlah perlawanan yang banyak menanti mereka.

Advertisements

“Kita akan serahkan kepada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan kelulusan berkaitan kuota yang lebih.

“Tetapi ini semua bergantung kepada keperluan serta kelulusan nanti apabila kita balik dari Bangkok. Kemungkinan kita perlukan seorang atau pun dua orang lagi pemain bagi memberi keseimbangan pada setiap posisi yang kita ada,” ujarnya kepada Flash Sukan.

Ketika ditanya mengenai siri perlawanan persahabatan di Thailand, Kim Swee menjelaskan bahawa keputusan perlawanan bukanlah menjadi target utama, tetapi lebih kepada mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pasukan untuk diperbaiki.

Advertisements

“Apa yang penting di sini kita dapat menilai daripada segi kekuatan serta kelemahan kita apabila mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum musim bermula.

“Ini adalah untuk memastikan kita mengenalpasti segala kelebihan serta kekurangan yang perlu kita perbaiki dalm tempoh terdekat,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram