Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos akan didaftarkan selaku pemain tempatan pasukan musim ini.
Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara pemain import paling lama beraksi di Malaysia bersama beberapa buah kelab sebelum ini.
Bintang kelahiran Brazil ini bagaimanapun mencuri tumpuan pasukan Harimau Selatan yang akhirnya mendapatkan tandatangan beliau untuk memantapkan lagi jentera tengah pasukan.
Endrick bagaimanapun dikhabarkan akan didaftarkan selaku pemain Malaysia selepas beliau disahkan akan mengisi kuota pemain tempatan selepas cukup tempoh 5 tahun untuk dinaturalisasikan.
Kehadiran bekas pemain Penang FC ini jelas menambahkan lagi kekuatan pasukan terutamanya untuk mengekalkan trofi yang dimenangi selain meneruskan cabaran di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim hadapan.
Endrick difahamkan sudah boleh didaftarkan seawal 9 januari ini sebagai pemain tempatan seterusnya selepas nama-nama seperti Sumareh, Lee Tuck dan juga Sergio Aguero sudah pun rasmi beraksi buat Malaysia.