Endrick Dos Santos Ledak Gol Debut Tewaskan Fursan Hispania
Dunia
Official Johor
Advertisements

Pemain baharu Johor Darul Ta’zim, Endrick Dos Santos tak tunggu lama untuk meraih gol debut bersama JDT.

Aksi persahabatan pra-musim 2023 pada semalam telah melibatkan pertembungan antara JDT menentang kelab Emeriah Arab Bersatu (UAE), Fursan Hispania. Skuad kendalian Esteban Solari berjaya menewaskan Fursan Hispania dengan keputusan 3-0.

Endrick telah dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua permainan. Bekas pemain Penang ini ternyata membawa impak segera kepada bahagian serangan Harimau Selatan apabila banyak serangan berjaya dicipta menuju ke kubu lawan.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun ini melengkapkan malam gemilang JDT dengan memberi jaringan ketiga buat pasukan. Satu half volley berjaya dilepaskan Endrick setelah memanfaatkan keadaan kucar kacir di kubu pertahanan lawan. Ledakan padu Endrick gagal diselamatkan penjaga gol Fursan Hispania.

Endick berjaya membantu JDT meraih kemenangan kedua dalam siri pra-musim 2023. Setakat tiga perlawanan di Dubai, anak buah kendalian Esteban Solari berjaya mencatat dua kemenangan dan 1 kekalahan.

JDT bakal mengharungi dua lagi aksi persahabatan berdepan FC Lokomotiv Moscow pada esok, 2 Februari sebelum melengkapkan aksi pra-musim di Dubai menentang jaguh eropah, FC Zenit Petersburg pada 6 Februari kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram