Endrick Lapor Diri Di Kem Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos melapor diri pada hari keenam kem Harimau Malaya.

Sebelum ini, nama beliau tersenarai dalam senarai 28 pemain yang melapor diri untuk fasa pertama kem skuad kebangsaan.

Meskipun begitu, Endrick tidak dapat menyertai kem kerana perlu memenuhi komitmen perlawanan bersama kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC (HCMC).

Pemain tengah berusia 25 tahun itu beraksi bersama HCMC dalam aksi liga menentang Becamex Binh Duong pada 23 Mei lalu.

Kehadiran Endrick dinyatakan menerusi perkongsian Instagram Story rasmi skuad negara, Malaysia National Team (MNT).

Screenshot 95 Endrick Lapor Diri Di Kem Harimau Malaya

“Marilah hari keenam (kem Harimau Malaya). Selamat datang Endrick,” kata akaun tersebut. Endrick dilihat tiba di Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) sambil ditemani kapten KL City FC, Paulo Josue.

Selepas ini, lapan lagi pemain JDT akan melapor diri untuk fasa kedua kem pada 25 Mei. Antaranya Syihan Hazmi Mohamed, Romel Morales dan Afiq Fazail.

Ini disusuli dua lagi pemain negara yang akan melapor diri untuk fasa ketiga pada 1 Jun. Mereka ialah Hector Hevel dan Dion Cools.