England Pernah Dilarang Bermain Bola Sepak
Trivia
Advertisements

Liga Perdana Inggeris (Premier League) antara liga terbaik dunia dan menjadi impian kebanyakan pemain seluruh dunia. Sejarah bola sepak yang dimainkan di England telah bermula sejak berabad – abad lamanya.

Namun tahukah anda, England pernah mengharamkan bola sepak pada suatu ketika dahulu?

Bola sepak diharamkan oleh Raja Edward ii pada 1314, Raja Edward iii pada 1365 dan King James i.

Advertisements

King James i memerintahkan orang Kristian untuk bermain bola sepak setiap hari Ahad selepas beribadah. Hal ini kerana, Raja Edward i berupaya untuk mengimbangi ketegasan orang Puritan mengenai pemeliharaan hari Sabat. Perkara ini bukanlah kali pertama pengharaman bola sepak berlaku di England suatu ketika dahulu.

Punca Utama Pengharaman Bola Sepak

Antara sebab pengharaman bola sepak di England ialah disebabkan tiada peraturan dan undang – undang khusus tidak seperti peraturan bola sepak pada masa kini.

Advertisements

Mereka juga suka bermain bola sepak sesuka hati mereka sahaja seperti jalanan, kawasan perumahan dan lorong. Maka tidak hairanlah bola sepak pada waktu itu memberi kesan yang buruk kepada masyarakat setempat seperti bunyi bising, tingkap rumah banyak pecah dan rusuhan sesama jiran tetangga.

Dianggap Sebagai Sukan Yang Ganas

Selain itu, Raja Edward ii juga menganggap bola sepak antara sukan paling ganas dan mampu kucar – kacirkan keadaan setempat.

Advertisements

King Charles ii kemudian menarik balik larangan bermain bola sepak sebelum Raja Edward iii mengembalikan larangan bola sepak. Anaknya, Raja Edward iii juga mengembalikan larangan bola sepak tetapi bukan setakat bola sepak sahaja malah mengharamkan segala jenis sukan yang ada.

Hal ini kerana Raja Edward iii meminta rakyatnya untuk menguasai sukan memanah dan mengajak rakyat berlatih mempertahankan diri kerana Raja Edward iii terkenal dengan sifat suka berperang.

Hukuman Penjara Jika Bermain Bola Sepak

Advertisements

Seterusnya, Queen Elizabeth i juga mengharamkan bola sepak dan mengenakan hukuman penjara kepada orang yang menonton, bermain dan apa – apa berkaitan dengan bola sepak. Reputasi bola sepak sebagai permainan ganas muncul berulang kali sepanjang abad ke-16 dan ke-17. Bukan sahaja di England, malah sukan ini tersebar di Ireland, Scotland dan Wales.

Peraturan Bola Sepak Mula Diperkenalkan

Di lingkungan Universiti Cambridge pada tahun 1848, wakil pelajar dari sekolah awam utama England bertemu untuk menyetujui undang – undang yang akan menyeragamkan permainan yang dimainkan di antara mereka.

Peraturan Cambridge diberi perhatian dan membentuk kod yang diadaptasi oleh pasukan bola sepak sekolah awam dari Eton, Harrow dan daerah lain. Ini juga memastikan bahawa ketika para pelajar akhirnya tiba di Cambridge, mereka semua bermain bola sepak dan dapat disiplinkan diri untuk mematuhi segala peraturan sedia ada agar bola sepak dapat bermain dengan cara yang baik.

Ini bukan satu – satunya peraturan yang berlaku untuk permainan pada waktu itu tetapi sepanjang tahun 1850 – an, banyak kelab tidak berkaitan dengan universiti atau di sekolah meneruskan versi bola sepak mereka sendiri dan menubuhkan kelab sendiri. Semenjak itu, banyak kelab diwujudkan sehingga kini dan antara kelab paling berjaya di England ialah Manchester United, Chelsea, Manchester City, Liverpool dan Nottingham Forest.

Kini, England layak kesuku akhir Kejohanan EURO 2020 selepas berjaya menewaskan Jerman 2 – 0 di Stadium Wembley dan bakal berhadapan Ukraine pada Ahad, 4 Julai 2021.

Biarpun penguasaan bola dan bilangan tendangan tepat lebih banyak dilakukan oleh Jerman, namun England lebih bernasib baik menerusi jaringan Raheem Streling dan Harry Kane.

Bola tu kalau dia tak nak masuk gol, buatlah macam mana sekalipun memang tak akan masuklah.

Lagenda Faakri Saarani

Raja Ikmal untuk MakanBola.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram