EPL
The Independent & This is Anfield
Advertisements

Dalam perlawanan yang menyaksikan Liverpool tewas 2-3 kepada West Ham ini dihiasi dengan satu kesilapan Alisson yang membawa kepada jaringan gol sendiri disamping satu gol yang dijaringkan Arnold.

Liverpool dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan menghasilkan 16 percubaan dan 13 daripadanya adalah open play dan baki 3 daripada situasi bola mati. Jika dibandingkan dengan West Ham pula mereka hanya mencatatkan 8 percubaan, 3 daripada setplay, 3 situasi bola mati dan 1 daripada serangan pantas balas dan 1 adalah daripada kesilapan Alisson.

West Ham banyak menggunakan serangan daripada sebelah kiri dengan jumlah sangat ketara sebanyak 53% serangan berlaku di kawasan ini. Jika dibandingkan dengan Liverpool pula mereka tidak menunjukkan perbezaan ketara apabila jumlah serangan di sebelah kiri mencatatkan 37% dan kanan 28%, perbezaan 9% sahaja.

Advertisements
west v liv Analisis: West Ham 2-3 Liverpool - Liverpool Lebih Layak Menang Tapi 'Lemah'
Peta serangan perlawanan

Aspek hantaran pula Liverpool menguasai perlawanan dengan melakukan sebanyak 683 hantaran jauh meninggalkan West Ham dengan hanya 299 hantaran. Daripada jumlah tersebut Liverpool mencatatkan sebanyak 24 hantaran lintang manakala West Ham sebanyak 16 hantaran lintang.

Liverpool juga mencatatkan 5 hantaran lolos(through ball) dan 13 hantaran kunci(key passes) berbanding hanya 6 bagi pihak West Ham.

Perkara paling menarik untuk diperkatakan adalah mengenai 13 hantaran kunci Liverpool ini, 8 daripadanya adalah di kawasan final third. Ini membuktikan pada malam ini Liverpool bermain baik namun tidak mempunyai penyudah yang diperlukan bagi menghasilkan gol.

Advertisements
Peta hantaran kunci Liverpool dan West Ham

West Ham pula boleh bergembira dengan gol sendiri yang terhasil dan jika dilihat mereka hanya 4 hantaran kunci namun mereka sangat efisien pada malam ini menerusi situasi bola mati.

Perkara menarik juga untuk dilihat bagaimana West Ham bertahan dengan sangat baik apabila melakukan sebanyak 35 clearances dan kesemuanya di dalam kawasan defending third mereka. Ini antara kunci kejayaan West Ham pada perlawanan malam ini iaitu bertahan sebagai satu unit dan memanfaatkan peluang diperolehi.

Peta clearances West Ham

Liverpool dilihat perlu melakukan sesuatu jika ingin terus kekal menhimpit Manchester City dan Chelsea di persada liga disamping West Ham dan Arsenal sedang menhimpit mereka daripada bawah pula. Klopp perlukan idea dan taktikal bersesuaian menentang pasukan yang melakukan taktikal bertahan dan jika ini diselesaikan berkemungkinan besar Liverpool tiada masalah kekal di kalangan 4 teratas.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram