Ads
EPL
Sky Sports

Arsenal bangkit dari ketinggalan 2 kali sebelum berjaya menyamakan kedudukan 3-3 menentang Southampton di Emirates.

Advertisements

Keputusan seri ini membuka ruang buat Manchester City memintas The Gunners dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

Southampton mengejutkan tuan rumah seawal minit pertama menerusi jaringan Carlos Arcaraz yang bijak mencuri peluang hasil kesilapan hantaran penjaga gawang Arsenal, Aaron Ramsdale.

Advertisements

Advertisements

Selang 13 minit kemudian, Southampton sekali lagi mengejutkan Arsenal menerusi jaringan ke-2 menerusi satu serangan balas disudahi cemerlang Theo Walcott.

Arsenal bagaimanapun merapatkan jurang sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi jaringan cantik Gabriel Martinelli pada minit ke-20.

Advertisements

Bersambung babak ke-2 Arsenal memperkukuh bahagian serangan dan beberapa kali berpeluang menyamakan kedudukan.

Southampton menambah derita Arsenal menerusi jaringan ke-3 hasil tandukan Duje Ćaleta-Car yang bijak mencari ruang menerusi satu situasi sepakan sudut pada minit ke-66.

Arsenal merapatkan jurang pada minit ke-88 menerusi jaringan Martin Ødegaard menjadikan kedudukan 2-3.

Arsenal sekali lagi bangkit menerusi jaringan Bukoyako Saka pada minit ke-90 hasil serangan bertali arus dilakukan Arsenal menjadikan kedudukan 3-3.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Arsenal 3-3 Southampton dan kini hanya dipisahkan 5 mata dengan pencabar terdekat, Manchester City yang turut memiliki kelebihan 2 perlawanan.

Advertisements

Arsenal bakal bertandang ke Etihad 27 April ini bertemu Manchester City, perlawanan yang dijangka sengit untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2022-23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram