Arsenal meneruskan rentak cemerlang di Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menewaskan Manchester United 3-1 di Stadium Emirates, London.
Tuan rumah turun dengan rekod cemerlang selepas berjaya menewaskan Chelsea 2-4 sebelum ini di Stamford Bridge.
Syaitan merah dikejutkan dengan jaringan awal Arsenal menerusi jaringan Taraves seawal minit ke-3.
Arsenal menambah duka United pada minit ke-32 menerusi sepakan penalti B. Saka.
Cristiano Ronaldo walaubagaimanapun berjaya merapatkan jurang 2 minit kemudian menerusi satu tapping cantik hantaran Nemanja Matic.
Separuh masa ke-2, Manchester United berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-57 namun sepakannya tersasar terkena palang.
Arsenal pantas menjarakkan kedudukan pada minit ke-70 dalam satu keadaan kelam kabut disudahkan cantik oleh Xhaka menjadikan kedudukan 3-1 memihak tuan rumah.
Arsenal kini mengukuhkan slot Liga Juara-juara UEFA di tempat ke-4 Liga Perdana Inggeris manakala United bergelut untuk sekurang-kurangnya beraksi di Liga Europa musim hadapan.