EPL: Arsenal Catat Kemenangan Tewaskan Leicester City
EPL
LiveScore
Advertisements

Arsenal terus melebarkan kelebihan mata mereka dengan pasukan di tempat kedua, Manchester City. Ini selepas pendahulu EPL itu menundukkan Leicester City di Stadium King Power.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan kecewa apabila dua gol mereka dibatalkan atas kesalahan berbeza. Gunners kecewa apabila gol Leandro Trossard pada minit ke-26 dibatalkan oleh VAR selepas Ben White didapati mengasari penjaga gol Foxes, Danny Ward.

Sementara Leicester pula menggigit jari apabila gol Kelechi Iheanacho pada minit ke-30 dibatalkan selepas bekas penyerang Manchester City itu berada pada kedudukan ofsaid. Keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Selepas rehat, anak-anak buah Mikel Arteta mengasak untuk mendapatkan gol pendahuluan. Hasilnya, mereka mendahului menerusi Gabriel Martinelli selepas menyudahkan hantaran Trossard pada minit ke-47.

Gunners kemudiannya menyangka telah menambah jaringan pada minit ke-55 menerusi Bukayo Saka. Bagaimanapun, keraian pemain sayap England itu tidak bertahan lama apabila didapati berada pada kedudukan ofsaid.

Leicester cuba bangkit tetapi Arsenal terus tenang mengawal perlawanan sehingga wisel penamat. Dengan kemenangan ini, Gunners menambah jurang mata dari dua kepada lima mata dengan Manchester City. Tetapi ini boleh saja berubah sekiranya City berjaya menewaskan Bournemouth.

Advertisements

Selepas ini, Arsenal bakal menentang Everton di Stadium Emirates pada awal pagi 2 Mac. Manakala anak-anak buah Brendan Rodgers pula berdepan Southampton pada awal pagi 5 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram