Advertisement
EPL: Arsenal Kalahkan Jiran Setempat Tottenham
EPL
MakanBola
Arsenal FC

Arsenal terus menghuni kedudukan pendahulu liga EPL selepas berjaya menundukkan musuh setempat, Tottenham Hotspur.

Arsenal akan kekal mendahului liga sekiranya menang hari ini. Sementara Tottenham pula boleh merampas kedudukan pendahulu liga sekiranya menundukkan jiran setempat mereka.

Separuh masa pertama menyaksikan Gunners mendahului pada minit ke-20 menerusi gol jarak jauh pemain tengah Thomas Partey.

Bagaimanapun, Spurs menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane pada minit ke-31. Ini selepas Richarlison dijatuhkan dalam kotak penalti oleh bek tengah lawan Gabriel.

Kane turut mencipta rekod sebagai pemain pertama menjaringkan 100 gol di tempat lawan dalam EPL.

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal kembali mendahului menerusi tolakan mudah Gabriel Jesus ke gawang Tottenham pada minit ke-49.

Spurs terus dirundung malang apabila pemain pertahanan Emerson Royal dibuang padang pada minit ke-62. Granit Xhaka kemudiannya menambah jaringan tuan rumah pada minit ke-68.

Spurs akan bertandang ke Brighton untuk perlawanan EPL seterusnya pada 8 Oktober. Manakala Gunners pula menerima kunjungan Liverpool pada 9 Oktober.