EPL: Arsenal Menang Bergaya Dengan Brentford
EPL
Arsenal FC
Advertisements

Pasukan gergasi Arsenal berjaya mengalahkan Brentford dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan EPL hari ini.

Muncul di Gtech Community Stadium sebagai pasukan pelawat, Gunners pastinya tidak mahu diaibkan lagi oleh Bees. Ini selepas Arsenal kalah 2-0 dengan lawan sama dalam perlawanan pembukaan EPL musim lepas.

Arsenal mendahului pada minit ke-17 menerusi tandukan bek tengah William Saliba.

Advertisements

Gabriel Jesus menambah jaringan pasukan pelawat pada minit ke-28 selepas menyudahkan hantaran Granit Xhaka.

Separuh masa kedua menyaksikan Fabio Vieira menambah derita Brentford menerusi gol ketiga pada minit ke-49. Ini merupakan gol pertama bekas pemain tengah Porto itu bersama Gunners.

Perlawanan ini turut menyaksikan kemunculan pemain Arsenal berusia 15 tahun, Ethan Nwaneri.

Advertisements

Nwaneri yang turun menggantikan Vieira mencipta rekod sebagai pemain termuda dalam sejarah EPL dan Gunners.

Arsenal bakal berdepan musuh setempat, Tottenham Hotspur untuk perlawanan EPL seterusnya pada 1 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram