Brentford Bawa ‘Kawan Dion Cools’ Jonas Lössl Ke EPL
Dunia
Getty Images / FC Midtjylland
Advertisements

Selepas penjaga gol utama Brentford, David Raya mengalami kecederaan jangka panjang pada Oktober lepas, Brentford mula bergelut dengan prestasi tidak menentu. Walaupun penjaga gol kedua Alvaro Fernandez berusaha mengisi kelompangan yang ditinggalkan Raya, ia masih belum mencukupi. Dan terbaru, penjaga gol berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan dan tidak akan turun untuk beberapa perlawanan.

Dengan Fernandez mengalami kecederaan, tanggungjawab mengawal gawang perlu dipikul penjaga gol muda Matt Cox. Tidak mahu memberi bebanan mental kepada penjaga gol muda itu, pengurus Thomas Frank membawa masuk Jonas Lossl secara pinjaman dari FC Midtjylland. Brentford mempunyai pilihan mengaktifkan klausa perpindahan tetap pada akhir musim.

Lossl bukan asing dalam kalangan peminat EPL. Semasa bersama Huddersfield, beliau membantu kelab kekal dalam liga pada musim 2017-2018 sebelum menyertai mereka secara tetap pada musim seterusnya. Bagaimanapun, selepas Terriers tersingkir ke Liga Kejohanan, Lossl menyertai Everton secara percuma pada musim 2019-2020 tetapi tidak membuat sebarang penampilan untuk Toffees. Beliau kembali ke Midtjylland pada Februari lepas.

Advertisements

Dalam satu kenyataan, Frank melihat kehadiran Lossl sebagai satu bonus kepada Bees. Ini kerana selain merupakan penjaga gol yang baik, beliau juga sudah berpengalaman beraksi di EPL. Dan itu dapat membantu barisan pertahanan yang diterajui kapten Pontus Jansson agar tenang dan tidak gementar pada hari perlawanan.

Midtjylland dan Brentford bukan orang lain dalam dunia bola sepak. Ini kerana kedua-duanya berkongsi pemilik yang sama iaitu Matthew Benham. Sementara Rasmus Ankersen bukan saja pengerusi Midtjylland tetapi turut berperanan sebagai pengarah sukan Brentford bersama Phil Giles.

Bagaimanapun, Ankersen telah mengumumkan perletakan jawatannya di kedua-dua kelab pada akhir Disember. Dengan perletakan jawatan Ankersen, peranan pengarah sukan Bees diteruskan secara solo oleh Giles. Walaupun telah meninggalkan Midtjylland, perunding perniagaan itu kekal untuk tempoh sementara sebagai perunding bagi melicinkan proses peralihan jawatan di kelab berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram